Friday, March 11, 2011

GEMPAR: AMARAN TSUNAMI YANG MELANDA JEPUN,MALAYSIA DIMINTA TURUT BERJAGA-JAGA

Tsunami berskala 8.9 ritcher berlaku di Honshu,Jepun hari ini, setakat ini dilaporkan 19 orang penduduk Jepun dilapor meninggal dunia. Gegaran tsunami yang berlaku di Jepun juga turut di rasai di negeri Sabah. Air laut lak dijangka bergelora dan paras air laut tinggi di sekitar pantai Labuan dan Sabah dari jam 6 petang hingga 12 malam ini...Doakan untuk kawan-kawan kita yang berada di Jepun agar selamat hendaknya...

Tadi masa aku keluar merempit dengan mak aku pergi cari keropok...melintas kereta polis yang menguar-uarkan amaran guna speaker..sepanjang jalan polis tu duk bagi amaran....

Apa yang aku dapat tangkap,encik polis tu cakap lebih kurang macam nie: "PERHATIAN KEPADA SEMUA PENDUDUK,DIMINTA MENJAUHKAN DIRI DARI KAWASAN PANTAI, AMARAN KEJADIAN TSUNAMI BERLAKU, DIMINTA SEMUA PENDUDUK BERJAGA-JAGA."

Tapi makin ramai polis yang duk sebar amaran,makin ramai jugak orang kampung yang turun ke pantai...konon nak tengok ombak...ape ke kebal ke bebal lah diorang nie....dah orang cakap jangan pergi ke pantai nak jugak pergi tengok...haishhhh.....walaupun kejadian tu tak jadi lagi,tapi sekurang-kurangnya dengarlah nasihat...kalau duk kat umah baca yasin n solat hajat lagi bagus...

Adik aku yang pergi ke bandar petang tadi pun siap hantar mesej katanya polis memberi amaran di sekitar kawasan bandar juga...aku rasa pihak polis menjalankan tugas dengan cepat kali nie untuk bagi amaran kepada semua orang...aku pasti pihak polis di negeri lain pun turut menjalankan tanggungjawab yang sama...

Jadi,diminta semua pihak berjaga-jaga...dengar lah nasihat orang yer...19hb nie juga kemungkinan akan berlaku bencana alam akibat bulan hampir dengan bumi dan matahari...

Walahuallam...bumi semakin panas di akhir zaman...

Ambil iktibar dengan ujian tuhan...

2 comments:

Harta Karun

background